• Home
  • Our Services
  • Packages
  • Promotions
  • Gallery
  • Gift Voucher
  • VIP Membership
  • Contact Us
Picture

Picture
Get RM 5 Discount on Treatment!

Send your testimonials / reviews / comments to seputeh.kapas@yahoo.com.

Your review will be published in our website. Positive and negative reviews are always welcomed. However, propagandists and vile reviews aren't.

*RM 5 discount is available to VIP members only.
*Kindly include your VIP code in your email to enable you to get the discount during the following treatment.
*Testimonials / reviews / comments can be in any language with minimum length of 1 sentence (yes, you read it right.. only 1 sentence needed).


Picture
Write Testimonial and Win Contest (1 - 31 March 2009)

The Best Testimonial That Wins RM50 Voucher on Treatment

Cantik merupakan perkataan yang sinonim dengan wanita lebih-lebih lagi pada era moden ini, wanita lebih prihatin dengan kecantikkan diri sama ada dari segi dalaman mahupun luaran. Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan sama sekali. Wanita ingin nampak cantik di mata setiap orang terutamanya pada orang tersayang. Ini tidak bermakna rawatan botox merupakan salah satu cara untuk kelihatan cantik tetapi bagi saya walaupun hanya dengan rawatan muka yang biasa ia mampu mengubah kecantikan seseorang wanita itu.

Inilah yang dialami oleh diri saya sendiri setelah hampir setahun menjadi pelanggan Seputeh Kapas Spa. Walaupun pada mulanya saya hanya mengikuti rakan  untuk mencuba rawatan muka yang ditawarkan di spa ini, tetapi akhirnya saya telah menjadi pelanggan tetap di sini.

Sejak di bangku sekolah lagi, saya mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat yang teruk. Tetapi mimpi buruk itu mula berubah sejak dua tahun  lepas.. Saya cuba memilih pencuci muka yang bersesuaian dan cuba menjinakkan diri dengan membuat rawatan muka di spa. Hampir lima buah spa telah saya kunjungi, dan terus terang saya katakan semuanya tidak bersesuaian dengan saya. Setelah menerima rawatan muka yang pertama di Seputeh Kapas Spa ini, keinginan saya untuk menjalani rawatan di sini seakan-akan memanggil saya untuk mencubanya sekali lagi.

Cantik, bersih & teratur, adalah tanggapan pertama saya mengenai spa ini. Bertemakan warna ungu menaikkan lagi seri kecantikkannya. Rawatan yang diberikan sangat memuaskan hati saya. Kedatangan saya sentiasa dialu-alukan oleh pemilik spa ini, Kak Aishah. Terdetik seketika di hati saya bagaimana wanita muda seperti beliau membuka spa yang begitu sempurna seperti ini dan saya yakin spa ini mampu berdiri teguh.

“Facial full treatment” adalah rawatan yang saya pilih sejak awal penglibatan saya dengan spa ini hinggalah ke hari ini. Pada mulanya saya khuatir dan risau jika ada kesan sampingan setelah menjalani rawatan ini, tetapi alhamdullilah rawatan ini memang sesuai dengan kulit saya yang sememangnya sensitif.

Tanpa ragu-ragu, saya terus mengambil pakej rawatan yang menawarkan  lima kali rawatan termasuk percuma satu sesi rawatan muka dengan harga yang berpatutan dan hasilnya amat memuaskan. Di samping itu, tanpa ragu-ragu saya akan mengambil pakej lain yang ditawarkan disini.

Seperti sudah ditakdirkan untuk menjadi seorang usahawan, Kak Aishah merupakan seorang yang merendah diri dan juga peramah. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang banyak mengenai kecantikan, beliau tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan kepada pelanggannya. Saya sering bertanyakan soalan mengenai kecantikan dan beliau menjawabnya dengan penuh keyakinan.

Setelah selesa dengan spa ini dan yakin dengan rawatan di sini, saya telah memperkenalkan spa ini kepada ibu dan kakak saya. Kini, ibu saya juga merupakan pelanggan yang boleh dikatakan kerap datang ke sini. Untuk masa yang akan datang, saya akan memperkenalkan kepada rakan-rakan saya malah saya sering bercerita tentang spa ini kepada rakan-rakan saya kerana mereka amat terkejut dengan perubahan muka saya berbanding ketika di bangku sekolah dahulu. Dan saya hanya menjawab saya menggunakan pencuci muka yang sesuai dan rawatan muka sahaja.

Suasana di spa ini sungguh tenang dengan alunan muzik gamelan serta persekitaran yang mendamaikan. Datang bersama rakan pada setiap temujanji di sini merapatkan lagi hubungan kami. Percayalah, anda akan merasainya jika anda membelai diri anda di sini.

Di mata saya, Seputeh Kapas Spa merupakan spa yang terbaik pernah saya kunjungi. Sekalung tahniah kepada Kak Aishah kerana berjaya menguruskan spa ini dengan baik sekali. Rasailah keajaiban rawatan hanya di Seputeh Kapas Spa.

Jannah Hasnan

*The testimonial published is the original version that have been submitted and please be informed that no editing involved.


About Us   |   Guidelines & Recommendations   |   Jobs   |   Site Map   |   FAQs


© Seputeh Kapas Spa 2009


Create a free website with Weebly